BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM
TAJUK: PERANAN DAN SUMBANGAN MASJID MUHABBUDIN SHAH KEPADA PENDUDUK KAWASAN JALAN HOSPITAL IPOH PERAK
DISEDIAKAN OLEH: NAMA: SYAHZRAIN NAJWA BT AHMAD ZAINURIN
NO MATRIX: 2011232886
KUMPULAN: ASD1Eg
DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN, Pensyarah CTU101
PROGRAM: DIPLOMA KIMIA PERINDUSTRIAN(AS115)
TARIKH SERAH: 1 OGOS 2011
ISI KANDUNGAN
TAJUK: PERANAN DAN SUMBANGAN MASJID MUHABBUDIN SHAH KEPADA PENDUDUK KAWASAN JALAN HOSPITAL IPOH PERAK
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENDAHULUAN
KONSEP MASJID
PENERANGAN
PENERANGAN
PENUTUP
RUJUKAN
ABSTRAK
Masjid merupakan suatu institusi agama khususnya kepada umat Islam.Masjid merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab yang bermaksud sujud.Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan,muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam.Manakala dari sudut bahasa masjid bermaksud tempat bersujud.Masjid dahulunya pada zaman Rasullulah S.A.W telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan,perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.Setiap masjid memiliki badan-badan berkuasa dan jawatankuasa yang akan menjaga kesucian serta keindahan masjid kerana masjid merupakan rumah Allah SWT yang sangat suci.Masjid juga merupakan tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam,pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak,tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat,pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam,pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam,tempat letaknya BaitulmalNegara,tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu,lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan,dan juga merupakan tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah
PENDAHULUAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan izinNya saya dapat membuat kerja kursus ini dengan lancar dan dapat melakukan temubual dengan salah satu ahli jawatankuasa masjid dengan jayanya.Tujuan esei ini ditulis adalah untuk memberi makluman kepada saudara umat Islam yang lain tentang keindahan rumah Allah SWT iaitu Masjid Muhabbuddin Shah di kawasan rumah saya di Ipoh Perak.Tajuk esei yang akan ditulis oleh saya kali ini adalah peranan dan sumbangan Masjid Muhabbuddin Shah kepada penduduk kawasan Jalan Hospital Ipoh Perak.Tajuk ini diplih kerana masjid terutamanya banyak memberi sumbangan serta banyak memainkan peranan sebagai sebuah institusi agama.Skop penulisan kali ini banyak memaparkan tentang pentingnya sebuah masjid kepada penduduk setempat kerana masjid merupakan institusi agama yang akan memberi bentuk corak keistimewaan agama Islam di Malaysia yang menjadi agama rasmi di negara ini.Harapan setinggi gunung supayaseluruh masjid di negara ini khususnya di Malaysia dan fokusnya di Ipoh Perak ini akan menjadi tempat yang banyak dikunjungi oleh selururuh umat Islam dalam memenuhi masa lapang mereka dengan menyokong semua aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak masjid.Ringkasnya, pada zaman Rasulullah, masjid dijadikan sebagai pusat peradaban Islam.Manakala individu-individu yang mengimarahkan masjid dipuji oleh Allah SWT sebagai golongan yang menyucikan diri mereka dari najis zahir dan najis batin.Peranan masjid perlu dihidupkansemula.Sirah telah membuktikan bahawa masjid merupakan jentera penggerak kepada perkembangan Islam keseantero dunia.Rasulullah SAW mentadbir negara bermula dari masjid.Baginda mengajar, berpidato, bersidang, menerima kunjung hormat paratetamu, merangka strategi peperangan dan lain-lain lagi urusan keduniaan di masjid. Masjid ketika itu bukan sekadar tempat ibadah, bahkan ia adalah sebuah universiti yang telah melahirkan paragraduan yang hebat. Masjid adalah parlimen, dewan sambutan, dewan acara dan apa saja yang ingin kita namakan. Bukan bentuk masjid yang menjadi keutamaan kerana Masjid Nabawi pada zaman itu hanya sebuah masjid yang cukupsederhana.Tidak seperti masjid-masjid zaman ini.Namun yang penting adalah pengisiannya.Bagaimana masjid perlu digerakkan agar menjadi sebuah pusat janakuasa kekuatan umat Islam kini.
Apa guna masjid yang tersergam indah, tetapi kosong seperti jasad yang tidak bernyawa ditambah pula dengan jumlah jemaah yang tidak sampai pun satu saf!
KONSEP
Masjid memiliki pengertian dari sudut bahasa dan istilah.Dari sudut bahasa perkataan masjid bermaksud tempat sujud. Mengapa disebut tempat sujud?Sedangkan masjid merupakan tempat sembahyang dan ibadah.Kalimah ini merupakan majazi (metafora) dari sudut ilmu Balaghah di mana ia hanya menyebut satu bahagian tertentu daripada suatu perkara namun maksud sebenar adalah perkara tersebut. Seperti sujud yang merupakan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang digunakan di sini namun ia membawa maksud sembahyang. Ertinya masjid adalah tempat sembahyang.
Dari sudut istilah pula masjid memberi maksud tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang.Tetapi,terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid.Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
114. Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang halangi menyebut nama Allah dalam mesjid-mesjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk kedalamnya (mesjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah).Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat.
Dalil daripada hadis pula menunjukkan
HADIS RIWAYAT Bukhari
JU'ILAT LIYA-L-ARDhU MASJIDAN WA ThAHURAN WA AYYUMA RAJULIN MIN UMMATII ADRAKATHU-Sh-ShALAATUFALYUShALLII
"Bumi itu telah dijadikan bagiku mesjid dan pembersih.Barang siapa dari umatku mendapat waktu shalat, hendaklah dia shalat [di situ]."
JU'ILAT LIYA-L-ARDhU MASJIDAN WA ThAHURAN WA AYYUMA RAJULIN MIN UMMATII ADRAKATHU-Sh-ShALAATUFALYUShALLII
"Bumi itu telah dijadikan bagiku mesjid dan pembersih.Barang siapa dari umatku mendapat waktu shalat, hendaklah dia shalat [di situ]."
Secara rumusnya,masjid mempunyai pelbagai maksud dan erti dari sudut istilah,bahasa,dalil daripada Al-Quran-ayat 114 Surah Al-Baqarah dan juga dalil daripada hadis-Riwayat Bukhari.Terdapat banyak lagi bukti erti masjid yang sebenar.
PENERANGAN
PROGRAM dan AKTIVITI
Pelbagai program yang telah dianjurkan oleh pihak Masjid Muhabbudin Shah Ipoh ini.Antara program yang kerap kali diadakan ialah:
1) majlis gotong-royong membersihkan kawasan masjid,
2) majlis makan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan,
3) program Ihya’ Ramadhan dan Qiamullail
4) sambutan hari kebesaran Nabi Muhammad SAW,
5 ) majlis ilmu seperti bacaan yassin,al-quran setiap malam jumaat
5 ) majlis ilmu seperti bacaan yassin,al-quran setiap malam jumaat
6) majlis korban sempena Hari raya aidiladha
7) solat Hari raya aidilfitri dan aidiladha
8) majlis berkhatan bersama-sama untuk penduduk setempat-setahun sekali
9) majlis berbuka puasa sesama umat
10) solat terawih bulan Ramadhan
Masalah yang sering terjadi seperti :
1) -masalah kecurian
2) -masalah kebersihan disekeliling kawasan masjid
3) -masalah kekurangan para Jemaah pada hari-hari biasa
4) -para Jemaah dari kalangan orang tua sahaja
5) -aktiviti kurang mendapat sambutan
Penyelesaian kepada masalah yang terjadi :
1) mengupah pengawal keselamatan untuk mengawal masalah kecurian
2) mengadakan aktiviti gotong-royong dengan lebih kerap
3) mengadakan ceramah kerohanian untuk memupuk rasa ingin jejak ke masjid
4) memasang kain rentang untuk mengumumkan aktiviti yang diadakan
5) menjemput para penceramah yang terkenal dan berkualti
Senarai kariah masjid :
Pengerusi: Dato'Hassan Nawawi B. Abdul Rahman
NaibPengerusi: Dr.Ziaudin Ahamed B. Abdul Kareem
Setiausaha: En. Fakrul Zaman Abu Bakar
Bendahari: Tn. Hj. Mohd Zain Mokmin
Ahli-Ahli:
*En. Kamarudin Adam
*En.Asri Saad
*Tuan.Hj. Zakaria Abdul Razak
*Imam Mohd Hafizi B Kariah
*En.Megat Sabri
*En.Razmi Hashim
*Tuan.Hj. Ahmad Bakary B Ashaari
Imam: Ustadz Rahim
Bilal: En. Mokhtar
Siak: En. Wadid
PENUTUP
Secara kesimpulannya,masjid merupakan sebuah institusi agama yang harus dikunjungi oleh semua umat Islam di Malaysia.Masjid banyak memainkan peranan serta sumbangan terhadap orang sekeliling.Pelbagai jenis dan bentuk masjid yang melambangkan kebudayaan di Malaysia.Segala jenis aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid haruslah mendapat sokongan seluruh umat kawasan tersebut. Peranan masjid banyak membantu dalam pembangunan ummah.Dengan itu ummah yang berwawasan dan cemerlang dapat dilahirkan dalam institusi agama kita kerana masjid mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
مَنْبَنَىمَسْجِدًا يَبْتَغِيبِهِوَجْهَاللَّهِبَنَىاللَّهُلَهُمِثْلَهُفِيالْجَنَّةِ
"Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga". (RiwayatBukhari)
"Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga". (RiwayatBukhari)
أَحَبُّالْبِلَادِإِلَىاللَّهِمَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُالْبِلَادِإِلَىاللَّهِأَسْوَاقُهَا
"Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya". (Riwayat Muslim)
"Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya". (Riwayat Muslim)
RUJUKAN
1) Dato Sheikh Mohd Nor Alhafis bin Manshor ,PegawaiJabatan Agama Islam Ipoh Perak.

No comments:
Post a Comment